Remang senja di Berembang
(yang termampu dariku hanya kata-kata saja sebenarnya)
“Berembang buah pedada,
hendak dipetik lagi muda,
langit dipandang sama rata,
pandang di bumi tinggi rendahnya.”
-kumpulan pantun Hati Mesra
“dari robohan kota Melaka
kita bangunkan jiwa merdeka.”
-Dr. Burhanuddin Helmi
Dari robohan Kampung Berembang,
kita bangunkan jiwa pejuang.
[kasar suara mesin garau menggaung, jentolak merabak koyak berdengung, bising jentera bingit membengong, “ngeng, ngong.”]
Bangunkan sebuah rumah buat kita biarpun papannya kayu patah beroti rapuh di kunyah anai-anai,
biarpun beratap reput
karat atap zink berlobang lekang,
biarpun dengan tiang lapuk dikeruk bubuk.
[kasar suara mesin garau menggaung, jentolak mengoyak berdengung, bising jentera bingit membengong, “ngeng, ngong.”]
bangunkan sebuah rumah buat kita biarpun tiangnya batu roboh dari runtuh mesin jentolak,
biarpun temboknya
dari rempuh jentera menyalak,
dari seragam pakaian haram.
bangunkan sebuah rumah buat kita dengan ikrar kata-kata -konon- setia janji di kota.
[kasar suara mesin garau menggaung, jentolak mengoyak berdengung, bingung bising jentera bingit membengong, “ngeng, ngong.”]
bangunkan sebuah rumah buat kita, di dalamnya nanti tempat kita diam
duduk menanam angan-angan,
bersama deras sejuk malam
aku mahu memeluk engkau,
serapat nafas panas kita,
haba meraba seriau, waktu hujan turun berat sempat kita basah bersama.
[kasar suara mesin garau menggaung, jentolak mengoyak berdengung, bising jentera bingit membengong, “ngeng, ngong.”]
ada yang belum selesai, tapi ada yang tak pernah sesuai,
seperti rumah kita ini,
dengan segala kepapaannya
dari semua pura-pura
dari Maha tipu daya,
percaya Lah, ia tak akan siap!
[kasar suara mesin garau menggaung, jentolak mengoyak berdengung, bising jentera bingit membengong, “ngeng, ngong.”]
aku hanya pencatat yang jauh,
di luruh hujan bulan November, 2006
dan keruh di kuala lumpur.
(maklumat perobohan Kg Berembang dapat dicari di blog jelas.info dan www.bangkit.net)
7 comments
Comments feed for this article
January 30th, 2007 at 11:25 pm
alind
(… adakah gila bagimu tuan,
burung yang terbang dipipiskan lada).
bagus puisi ni. boleh aku amik ni, untuk barangkali jadi sisipan dalam keluaran kami akan datang? terima kasih
December 5th, 2007 at 9:48 pm
si pekak
kau ni sampah. pelacur seni. plastik. penjenayah jiwa. pencalar wajah negara.
February 11th, 2008 at 11:55 am
Saiee Driss
Sal;am. Saya tertarik dengan sajak=sajak di laman ini. Sata ada http://pantunonline.com yang melestarikan pantun sebagai khazanah budaqya bangsa. Sila bertandang.
February 28th, 2008 at 11:13 am
ataspagar
But what do you all think of this..anyway we got to be fair.Can you please justify this news :
Ampang, 2 Nov 2007 — Menteri Besar Selangor menganggap isu penempatan semula setinggan kampung berembang telah selesai walaupun menghadapi jalan yang sukar dan berliku.
Menurut Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM 30 juta untuk penempatan semula setinggan Kempung Berembang.
Ini termasuk bayaran pampasan kepada pemilik tanah, suibsidi penghuni setinggan sebanyak RM7,000bagi seunit rumah kos rendah yang berharga RM42,000 dan juga elaun perpindahan ke penempatan antara RM800 hingga RM1,200 bagi satu keluarga
“Ia jalan terbaik, bukan saja menguntungkan setinggan malah memberi faedah kepada tuan tanah.”
Dr. Mohamad Khir berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Berembang Indah dan Penyampaian Perjanjian Pemilikan Penempatan Semula Kampung Berembang, dekat sini.
Projek Berembgang Indah akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Perspektif Masa Sdn Bhd itu dijangka siap Disember tahun depan, dengan pembinaan 694 unit rumah kos rendah.
Turut sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Dato’ Mohd Mokhar Ahmad Dahlan dan Pemangku Ketua Eksekutif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hassan.
Dalam ucapannya juga Dr. Mohamad Khir menyifatkan penyelesaian masalah setinggan di kampung itu membabitkan tempoh paling lama, beliau berkata ia juga menjadi satu sejarah dalam usaha Selangor menyelesaikan masalah setinggan.
“Saya ingat ia yang paling susah sekali, dan isu Kampung Berembang ini sudah jadi isu sebelum saya lahir lagi,” katanya pada Menurut beliau, sekitar tahun 1964 hingga 1966, setinggan mula mendirikan penempatan di kampung itu sedangkan tanah berkenaan adalah milik orang lain.”
“Pemilik tanah pula terpaksa membayar cukai premium setiap tahun walaupun tanahmereka dihuni penduduk setinggan.”
Dr. Mohamad Khir turut mengulas mengenai kritikan dan tohmahan beberapa pihak mengenai usaha kerajaan negeri menempatkan semula setinggan Kampung Berembang.
“Kerajaan tetap meneruskan kerana ia merupakan jalan terbaik, yang bukan saja menguntungkan setinggan malah memberi faedah kepada tuan tanah. Ini merupakan usaha mewujudkan situsai yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.”
Dalam sidang media selepasnya Dr. Mohamad Khir berharap para setinggan kampung berembang dapat menumpukan kepada pendidikan anak-anak.
Untuk rekod, Kampung Berembang dihuni oleh 1070 keluarga, terdiri daripada majoritinya masyarakat Melayu, selebihnya Cina, India dan bukan bumiputera. Tanah asal adalah milik 111 individu seluas 60 ekar.
Proses pemindahan setinggan Kampung Berembang dalam kawasan Selangor sudah diselesaikan, sementara bakinya melibatkan pihak berkuasa Kuala Lumpur dan sebahagian lagi terlibat dengan Projek Smart yang dibangunkan kerajaan Persekutuan.
Antara kemudahan yang bakal dinikmati penduduk pangsapuri itu nanti ialah sekolah, surau, tadika, dewan orang ramai, gerai dan taman permainan.
Selain pembinaan rumah kos rendah berkenaan, baki tanah akan dibangunkan dengan pangsapuri kos tinggi sebanyak 2,347 unit bagi menampung subsidi perlaksanaan penyelesaian setinggan.
- SUARA SELANGOR MAJU/MBSelangor.net.my
February 24th, 2009 at 6:11 pm
syazleen
“dari Maha tipu daya,”
siapakah yg dimaksukkan dgn maha itu?
March 17th, 2009 at 1:25 pm
lanterajiwa
salam… bro… tumpang promote tee-shirt ya… =)
T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC
(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )
(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )
(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )
(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )
http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html
April 26th, 2009 at 8:59 pm
bro knie
salam ziarah… masih baru dalam dunia puisi…
mohon diajar…