Untuk apa berlumba merebut kematian?
kita bukan menodai kepastian
atau
memperkosa kekaburan
kita hanya ingin menelanjangkan kepuraan
yang berselubung dibalik topeng kemanusiaan
maka itu
tidak perlu malu
untuk dicerminkan wajah binatang ini
kerana ia adalah kita.

22 april 1999
5.03 pagi
bangsar utama